Monday, November 19, 2007

Jana Duit dengan meletak iklan pada website/blog/forum anda






AdSense oleh Google Inc.

Apakah itu Google Adsense?

Google Adsense merupakan satu program perkongsian pendapatan daripada pengiklanan di internet oleh Google. Ia merupakan satu satunya program membuat duit di internet yang memerlukan syarat kelayakan yang minimum dan anda pun boleh lakukannya!

bayaran akan dilakukan apabila pendapatan anda mencapai $USD 100.
bayaran dilakukan melalui cek yang dihantar kepada anda dan yang terbaru kiriman wang
melalui Western Union yang boleh ditebus melalui agen tertentu seperti Maybank


Adsense Top di Malaysia!


Google Adsense merupakan satu program yang paling mendapat sambutan di Malaysia. Buktinya, carian terbanyak berkenaan Adsense di dunia adalah dari Malaysia! Tak percaya? Lihat di bawah:





Carian mengenai Google Adsense di Malaysia adalah tertinggi di Dunia berdasarkan Google Trend. Namun, hanya segelintir sahaja yang betul² mahir dalam Google Adsense. Yang lain hanya ingin "CEPAT KAYA" dengan Google Adsense.

Google Adsense adalah BUKAN SKIM CEPAT KAYA!

Perlu saya ingatkan Google Adsense adalah bukan skim cepat kaya. Ia merupakan satu program yang sah di sisi undang undang. Penyertaan adalah terbuka dan percuma! Namun anda masih perlu untuk berusaha untuk berjaya.


Tahukah anda..


Sean Wu dari Thailand yang berusia 24 tahun memperoleh pendapatan USD48,583 sebulan dengan hanya mengendali dan menyelengarakan Blog dari bilik tidur. Apa yang dilakukannya hanya meletakkan iklan Google pada blog beliau.

No comments: